Pelantikan

 1-4 6. Pegawai yang telah memenuhi tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 15 tahun dan syarat-syarat lantikan tetap yang ditetapkan boleh dipertimbangkan lantikan secara tetap mulai 1 Julai 2016. Bagi pegawai yang masih belum memenuhi tempoh 15 tahun pada 1 Julai 2016, pegawai boleh dipertimbangkan untuk dilantik tetap setelah memenuhi tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam panduan ini. Tempoh Perkhidmatan Kontrak Yang Diambil Kira Untuk Pelantikan Tetap 7. Tempoh perkhidmatan kontrak yang diambil kira untuk pelantikan tetap hendaklah sekurang-kurangnya 15 tahun secara berterusan dan sekiranya terputus ia tidak melebihi enam (6) bulan antara suatu kontrak dengan kontrak yang baharu. 8. Tempoh-tempoh perkhidmatan yang diambil kira untuk tujuan pelantikan tetap merangkumi perkhidmatan kontrak seperti berikut: a) di agensi yang sama/ pelbagai agensi; atau b) pada gred/ skim perkhidmatan yang sama atau berlainan; atau c) di pelbagai Perkhidmatan Awam (Persekutuan/ Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan). Tempoh Perkhidmatan Yang Tidak Diambil Kira Untuk Pelantikan Tetap 9. Tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan tempoh 15 tahun adalah tempoh perkhidmatan sebagai Pekerja Sambilan Harian, sambilan, Pekerja Khidmat Singkat, perkhidmatan sangkut, kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) atau apa-apa jenis pelantikan selain Contract of Service. Penentuan Gred Jawatan dan Skim Perkhidmatan 10. Penentuan gred jawatan adalah berdasarkan kepada gred semasa atau setara tertakluk urusan pelantikan atau pelanjutan kontrak adalah teratur mengikut peraturan yang berkuat kuasa. 11. Pegawai boleh dilantik pada skim perkhidmatan semasa atau pada skim perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy