Pelantikan

 1-113 LAMPIRAN M KUASA MENAMATKAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KONTRAK Kuasa Kategori Pegawai (i) Ketua Setiausaha Negara Pegawai kontrak Kumpulan Pengurusan Tertinggi (ii) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pegawai kontrak Kumpulan Pengurusan dan Profesional: (i) yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui penurunan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; atau (ii) yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan. (iii) Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pegawai kontrak Kumpulan Sokongan Gred 27 dan ke atas di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan. (iv) Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Pegawai kontrak Kumpulan Sokongan Gred 26 dan ke bawah di mana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Ketua Perkhidmatan. (v) Ketua Setiausaha Kementerian (di Jabatan Perdana Menteri kuasa diberi kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan) Pegawai kontrak Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Kementerian dan Jabatan-jabatan di bawahnya. (vi) Timbalan Ketua Setiausaha (di Jabatan Perdana Menteri kuasa diberi kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia) Pegawai kontrak Kumpulan Sokongan di Kementerian dan Jabatan di bawahnya. (vii) Akauntan Negara Pegawai kontrak semua kumpulan bagi perkhidmatan di mana Akauntan Negara adalah Ketua Perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy