Pelantikan

 1-71 BAHAGIAN VIII GANJARAN DAN CARUMAN KWSP Ganjaran 60. Ganjaran merupakan salah satu faedah tamat perkhidmatan yang dibayar kepada pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan dengan memuaskan. 61. Pegawai yang meletakkan jawatan atas apa sebab sekalipun tidak layak dibayar ganjaran kecuali peletakan jawatan tetap atau kontrak dalam perkhidmatan awam. Ini termasuk pegawai yang disyaratkan untuk mengikuti kursus pra perkhidmatan sebelum dilantik secara tetap. 62. Pegawai layak dibayar ganjaran jika perkhidmatan mereka ditamat atau dipendekkan oleh agensi sebelum cukup tempoh yang ditetapkan, kecuali penamatan atau pemendekan kontrak itu dibuat atas sebab tatakelakuan dan/ atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. 63. Ganjaran dibayar berdasarkan formula berikut: 63.1 Pegawai Yang Mencarum Kepada KWSP (17.5% – peratus kadar caruman majikan dalam KWSP berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa) x (gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira) – (jumlah faedah ke atas caruman majikan dalam KWSP). Jika jumlahnya negatif (-), pegawai tidak dikehendaki membayar balik jumlah tersebut. 63.2 Pegawai Yang Tidak Mencarum Kepada KWSP 17.5% x gaji akhir x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy