Pelantikan

 1-76 (v) mengemukakan permohonan secara bertulis selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum tempoh kontrak tamat sekiranya pegawai bercadang untuk terus berkhidmat secara kontrak, atau setelah menyempurnakan separuh daripada tempoh kontrak bagi tempoh kontrak yang kurang daripada setahun; (vi) mengemukakan apa-apa tuntutan yang berkaitan dengan gaji dan elaun semasa dalam tempoh kontrak. Tuntutan yang dibuat selepas tamat tempoh kontrak tidak akan dipertimbangkan kecuali pembayaran ganjaran; (vii) menyelesaikan segala tanggungan dengan Kerajaan seperti bayaran cukai pendapatan, hutang-piutang dan lain-lain lagi. Untuk memudahkan urusan ini, Ketua Jabatan boleh mendapatkan persetujuan awal pegawai untuk membuat bayaran melalui potongan gaji. Bagi pegawai bukan warganegara, tanggungan ini hendaklah diselesaikan sebelum mereka meninggalkan Malaysia; dan (viii) berhenti bertugas apabila pegawai tidak dilantik semula secara kontrak di agensi berkenaan. Jika terus berkhidmat, emolumen tidak akan dibayar. Menghadiri Kursus 70. Pegawai boleh diarah menghadiri kursus yang berkaitan secara langsung dengan pelaksanaan tugas jawatan mereka. Jawatankuasa Pelantikan Kontrak 71. Satu panel atau jawatankuasa boleh ditubuhkan oleh agensi dalam urusan pelantikan kontrak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy