Pelantikan

 25 UP.1.1.4 (i) berdasarkan mata gaji yang ditetapkan mengikut Jadual Gaji Matriks dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan; (ii) penetapan gaji permulaan adalah terhad di Peringkat 1 (P1) sahaja; (iii) PBM boleh menimbangkan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman relevan dengan tugas jawatan yang akan disandangnya mengikut prinsip satu pergerakan gaji biasa bagi genap satu tahun pengalaman tetapi terhad di P1 sahaja; (iv) calon yang dilantik ke jawatan yang memerlukan bakat dan kemahiran seperti yang disyaratkan oleh skim perkhidmatan, gaji permulaan akan ditetapkan oleh PBM atas perakuan Panel Penilaian yang ditubuhkan oleh PBM berkenaan. Gaji permulaan tersebut bolehlah ditetapkan mengikut prinsip di perenggan 8 (i) dan 8 (ii); (v) gaji permulaan pegawai yang dilantik semula secara kontrak atas skim perkhidmatan, gred jawatan dan PBM yang sama ialah gaji akhir yang diterima dalam kontrak sebelumnya tetapi terhad di P1; (vi) pegawai yang telah berkhidmat genap setahun tetapi tempoh kontraknya tamat pada atau selepas tarikh pergerakan gaji tahunan tetapi belum menerima pergerakan gaji tahunannya boleh dipertimbangkan satu Pergerakan Gaji Biasa semasa penetapan gaji permulaan pada kontrak yang baru atas skim perkhidmatan, gred jawatan dan PBM yang sama dengan syarat tempoh kontrak yang baru dengan kontrak terdahulu tidak terputus melebihi 6 bulan; (vii) bagi pegawai yang dilantik atas gred jawatan yang lebih tinggi, tempoh pengalaman tidak boleh digunakan sebagai asas penetapan gaji permulaan kerana pengalaman tersebut telah digunakan sebagai asas untuk melantik pegawai pada gred yang lebih tinggi. Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik oleh PBM IPTA yang sama/ berlainan dan pelantikan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari kontrak terdahulu, adalah seperti berikut: (a) pada mata gaji minimum di P1 sekiranya gaji yang diterima di gred jawatan kontrak sebelumnya lebih rendah daripada mata gaji minimum di gred jawatan yang ditawarkan; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy