Pelantikan

 33 UP.1.1.6 4. Dalam melaksanakan keputusan ini, Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira perkara berikut: (i) dasar, prinsip dan syarat-syarat lain mengenai pelantikan secara kontrak seperti yang ditetapkan dalam Ceraian UP.1.1.1 hendaklah dipatuhi; (ii) tempoh kontrak dan had umur maksimum ini tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, prestasi kerja yang baik dan pegawai disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; (iii) pegawai yang dilantik secara kontrak mulai tarikh kuat kuasa ceraian ini layak dipertimbangkan untuk ditawarkan kontrak berdasarkan tempoh kontrak baru tertakluk kepada had umur maksimum 66 tahun; dan (iv) pegawai yang perkhidmatan kontraknya sedang berkuat kuasa semasa ceraian dikeluarkan akan terus tertakluk kepada perjanjian kontrak yang ditandatangani. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk ditawarkan kontrak berdasarkan tempoh baru semasa pelantikan semula secara kontrak tertakluk kepada had umur maksimum 66 tahun. PEMBATALAN 5. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2010: Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pesara Sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Dan Ketua Hakim Syarie NegeriNegeri adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Ceraian ini hendaklah diterima pakai oleh semua Perkhidmatan Awam Negeri di bawah Perkhidmatan Gunasama Am Persekutuan. Ceraian ini juga dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri yang lain tertakluk kepada penerimaan pakai pihak berkuasa yang berkenaan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy