Pelantikan

 1-7 FAEDAH PERSARAAN 20. Tempoh perkhidmatan kontrak adalah tidak dimasuk kira bagi pengiraan faedah persaraan. 21. Pegawai bertaraf berpencen yang bersara akan dipertimbangkan mendapat faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] yang mana berkenaan. Pegawai di bawah skim KWSP yang bersara layak menerima faedah persaraan mengikut undang-undang KWSP dan kemudahan perubatan untuk pesara. PROSEDUR PELAKSANAAN 22. Bagi melaksanakan pelantikan secara tetap, Ketua Jabatan, pegawai kontrak dan PBM hendaklah melaksanakan tindakan berikut: 22.1 Tanggungjawab Ketua Jabatan a) memastikan pegawai yang diperakukan memenuhi semua syarat-syarat pelantikan tetap sebagaimana di perenggan 13; b) mengenal pasti jawatan kosong bagi tujuan pelantikan; c) mengemukakan permohonan jawatan tetap berserta maklumat fungsi tugas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pewujudan jawatan sekiranya tiada kekosongan jawatan tetap sebelum membuat perakuan kepada PBM; d) mengarahkan pegawai yang telah memenuhi syarat dan diperakukan untuk memohon menjalani tapisan keselamatan melalui sistem e-Vetting dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar. Contoh salinan surat arahan kepada pegawai adalah seperti di Lampiran A1; e) mengemukakan permohonan tapisan keutuhan bagi pegawai yang telah memenuhi syarat dan diperakukan oleh Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; f) memberi penjelasan kepada pegawai mengenai perbandingan faedah pelantikan tetap dan pelantikan kontrak;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy