Pelantikan

 1-20 Tempoh Kontrak 18. Tempoh sesuatu kontrak di bawah peruntukan OS11000 dan OS29000 hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun. 19. Sesuatu kontrak akan dikira sebagai kontrak baru sekiranya seorang pegawai tidak dilantik semula melebihi tempoh enam (6) bulan daripada kontrak sebelumnya tamat. Tempoh kontrak terdahulu tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian tempoh keseluruhan kontrak. 20. Tertakluk kepada peraturan dan undang-undang imigresen serta dasar yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa, tempoh keseluruhan perkhidmatan kontrak seseorang pegawai bukan warganegara tidak boleh melebihi 10 tahun. Jika pegawai diperlukan berkhidmat melebihi tempoh tersebut, Ketua Jabatan perlu mendapatkan kelulusan Bahagian Hal Ehwal Imigresen, KDN terlebih dahulu. Peraturan ini tidak terpakai kepada Penduduk Tetap. Syarat Pelantikan Pesara 21. Selain daripada syarat yang ditetapkan, pesara yang hendak dipertimbangkan perlu mempunyai prestasi kerja berada di tahap baik semasa sebelum bersara dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. Penentuan tahap prestasi mereka boleh dibuat berdasarkan kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terakhir sebelum mereka bersara. Syarat Pelantikan Bekas Pegawai 22. Seseorang pegawai tetap yang telah ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja atau meletak jawatan tidak boleh dilantik semula secara kontrak kecuali dengan kebenaran khas PBM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy