Pelantikan

 27 UP.1.1.4 Pelantikan Secara Kontrak Yang Tidak Dibenarkan 11. PBM IPTA tidak boleh melantik secara kontrak calon berikut bagi berkhidmat di IPTA: (i) pegawai yang dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(b) Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] akibat daripada keputusan pegawai menolak pilihan berkhidmat dengan syarikat swasta atau agensi yang mengambil alih agensi awam tempat mereka berkhidmat dalam sesuatu urusan pengkorporatan atau penswastaan; (ii) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(d) Akta 227 atau Akta 239 atas kepentingan awam; (iii) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(e) Akta 227 atau Akta 239 kerana memperoleh kewarganegaraan negara asing; (iv) pegawai yang dibersarakan di bawah subseksyen 10(5)(f) Akta 227 atau Akta 239 kerana membuat pernyataan palsu; (v) pegawai yang bersara secara pilihan di bawah seksyen 12, Akta 227 atau Akta 239; (vi) pegawai yang bersara di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 kerana menyertai syarikat dalam penswastaan agensi awam; (vii) pegawai yang bersara di bawah subseksyen 11(a)(ii) atau seksyen 11(b)(ii) Akta 227 atau seksyen 11(b) Akta 239 kerana persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam; (viii) pegawai bukan warganegara yang telah berkhidmat secara kontrak melebihi tempoh 10 tahun termasuk di bawah PBM yang berlainan kecuali dengan kelulusan KDN seperti yang ditetapkan di perenggan 5 (xiii); (ix) pegawai yang telah mencapai had umur maksimum seperti yang telah ditetapkan pada perenggan 5 (vii); dan (x) pegawai yang disahkan tidak sihat oleh pengamal perubatan berdaftar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy