Pelantikan

 12 CERAIAN UP.1.1.2 PERATURAN-PERATURAN PENGAMBILAN BUKAN WARGANEGARA UNTUK BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM SECARA KONTRAK ATAU SEMENTARA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberikan garis panduan mengenai peraturan-peraturan menguruskan perlantikan/pengambilan bukan warganegara untuk berkhidmat secara kontrak atau sementara dalam perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri-negeri, Badan-badan berkanun serta Pihak Berkuasa Tempatan. LATAR BELAKANG Pengambilan Bukan Warganegara 2. Pada dasarnya Kerajaan tidak menggalakan lantikan/pengambilan bukan warganegara ke dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun ianya diizinkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti berikut: a) untuk menampung tenaga pekerja dalam jawatan-jawatan profesional yang sukar dipenuhi oleh pegawai-pegawai warganegara yang berkelayakan; b) sekiranya sesuatu perkhidmatan itu memerlukan kepakaran yang sukar diperolehi di negara ini; dan c) untuk mengisi jawatan-jawatan kontrak atau sementara sahaja. 3. Perlantikan calon-calon bukan warganegara biasanya dibuat dengan dua cara iaitu: a) melalui perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan negara pembekal; dan b) melibatkan antara Kerajaan Malaysia dengan calon-calon berkenaan. 4. Pemilihan calon-calon bukan dibuat mengikut perenggan 3(a) di atas melibatkan satu urusan di mana Kerajaan negara pembekal terlibat secara langsung memilih pegawai-pegawai yang sesuai untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Manakala pengambilan di perenggan 3(b) pula sebaliknya tidak melibatkan Kerajaan negara calon. Ianya hanya melibatkan Kementerian/Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta perwakilan Malaysia di negeri berkenaan bagi pihak Kerajaan Malaysia dan terus dengan calon-calon yang berminat selepas pengiklanan dibuat menerusi perwakilan Malaysia di negara tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy