Pelantikan

 44 CERAIAN UP.1.1.10 PINDAAN KUASA MENIMBANG BAGI PELANTIKAN SECARA KONTRAK PESARA DAN PESARA PILIHAN KE DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai Pindaan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara Kontrak Pesara Dan Pesara Pilihan Ke Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. LATAR BELAKANG 2. Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) menetapkan bahawa kuasa menimbang bagi pelantikan secara kontrak pesara dan pesara pilihan ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah seperti berikut: Kategori Calon Kuasa Menimbang Pesara YAB PM dengan perakuan KSN Pesara Pilihan YAB PM / YAB TPM dengan perakuan KSN PELAKSANAAN 3. Walau bagaimanapun, selaras dengan hasrat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan serta prinsip empowerment dan delegation of power, Kerajaan bersetuju supaya kuasa menimbang bagi pelantikan secara kontrak semua pesara (pesara wajib dan pesara pilihan) ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi dalam Ceraian UP.1.1.1 dipinda kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN). 4. Pindaan kuasa menimbang pelantikan ini tidak termasuk pelantikan pesara ke Jawatan Khas yang ditetapkan mengikut Perlembagaan Persekutuan (KSN, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Pelajaran, Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Pengarah Kerja Raya) serta Ketua Setiausaha Kementerian, yang mana kuasa menimbang pelantikan masih dikekalkan kepada YAB Perdana Menteri dengan perakuan KSN.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy