Pelantikan

 40 ii. Pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada syarat sesuatu kontrak yang berkuat kuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun. ii. Kelayakan pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) tidak tertakluk kepada tempoh kontrak satu (1) tahun. Cuti Rehat yang dikumpul bagi GCR hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun/ tamat tempoh kontrak dengan menggunakan borang seperti di Lampiran UP.1.1.8(B). 5. Selaras dengan dasar baharu ini, pegawai lantikan kontrak layak diberikan kemudahan dan elaun seperti di Lampiran UP.1.1.8(C) serta apa-apa elaun dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa, tertakluk tetapi tidak terhad kepada perkara yang diperuntukkan tersebut. PERALIHAN 6. Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanya surat pekeliling perkhidmatan ini, pegawai yang berkaitan layak diberi kemudahan dan faedah sebagaimana yang ditetapkan tanpa perlu menambah peruntukan baharu mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani. Bagi pelantikan kontrak baharu dan pelantikan semula kontrak yang dibuat selepas surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa, syarat-syarat perjanjian kontrak yang baharu adalah seperti di Lampiran UP.1.1.8(D). PENGECUALIAN 7. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016: Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Dalam Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy