Pelantikan

 16 UP.1.1.3 (i) pesara yang hendak dilantik merupakan pegawai perkhidmatan awam (warganegara) yang telah bersara wajib; (ii) pesara dilantik mengisi jawatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian; (iii) pesara yang dilantik semula perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang ditawarkan dan memenuhi syarat- syarat pelantikan seperti berikut: a) disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; b) membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13); c) lulus tapisan keselamatan; d) menandatangani Surat Aku Janji; dan e) mematuhi peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). (iv) pesara yang dilantik memenuhi keperluan IPTA setelah mengambil kira pengalaman, kepakaran, kemahiran dan kesukaran mendapatkan calon di kalangan pegawai lantikan tetap; (v) pesara yang dilantik perlu mempunyai kompetensi yang sesuai dan prestasi yang baik berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) semasa dalam perkhidmatan sebelum beliau bersara; (vi) tempoh sesuatu kontrak yang ditawarkan adalah antara 1 hingga 3 tahun. Tempoh keseluruhan kontrak hendaklah tidak berpanjangan. IPTA bertanggungjawab menyediakan pelan penggantian (succession plan) supaya tugas pesara berkenaan dapat diganti dengan pegawai lantikan tetap. Walau bagaimanapun jika perkhidmatan pesara masih diperlukan atas sebab tertentu, had umur maksimum yang dibenarkan ialah sehingga 65 tahun sahaja;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy