Pelantikan

 1-74 (d) memastikan pegawai melunaskan segala tanggungan kewangan mereka kepada Ketua Jabatan sebelum meninggalkan perkhidmatan; (e) memastikan calon yang dipilih untuk dilantik secara kontrak terdiri daripada mereka yang benar-benar layak, sesuai dan berkebolehan; (f) tidak membiarkan pegawai meneruskan perkhidmatan atau tidak memperakukan pelantikan semula jika mereka berprestasi rendah dan tidak memuaskan; (g) mengarahkan pegawai yang kontraknya telah berakhir supaya menamatkan perkhidmatan mereka jika permohonan pelantikan semula masih belum diluluskan oleh PBM. Perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai selepas tamat tempoh kontrak tidak boleh dibayar emolumen; (h) mengingatkan pegawai yang masih diperlukan perkhidmatannya supaya mengemukakan permohonan secara bertulis selewatlewatnya enam (6) bulan sebelum tempoh kontrak mereka tamat bagi tempoh kontrak setahun dan lebih, atau setelah menyempurnakan separuh daripada tempoh kontrak bagi tempoh kontrak yang kurang daripada setahun; (i) memastikan urusan pelantikan semula dan perjanjian kontrak bagi tujuan pelantikan semula diselesaikan sebelum kontrak terdahulu tamat; (j) memastikan emolumen tidak dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan di luar tempoh kontrak;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy