Pelantikan

 1-63 Penetapan Gaji Pesara Pilihan 47. Dari segi dasar, pesara pilihan tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, jika Kerajaan bersetuju melantik semula pesara pilihan kerana perkhidmatan pegawai amat diperlukan, gaji permulaan hendaklah ditetapkan mengikut prinsip penetapan gaji permulaan pesara di perenggan 46. Gaji Pukal 48. Dalam keadaan tertentu, pegawai boleh ditawarkan gaji pukal (lump sum) atau gaji tetap. Gaji yang dicadangkan perlu mendapat kelulusan JPA terlebih dahulu. Sekiranya Kerajaan meluluskan sebarang semakan gaji yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak, faedah semakan gaji itu tidak boleh dipanjangkan kepada pegawai kontrak yang dibayar gaji secara pukal atau gaji tetap. Pergerakan Gaji Tahunan 49. Kaedah penetapan tarikh pergerakan gaji pegawai kontrak ditentukan mengikut tarikh kuat kuasa pelantikan pertama atau tarikh kuat kuasa pelantikan semula seperti berikut: Tarikh Pelantikan Tarikh Pergerakan Gaji 1 Januari hingga 31 Mac 1 Januari tahun berikutnya 1 April hingga 30 Jun 1 April tahun berikutnya 1 Julai hingga 30 September 1 Julai tahun berikutnya 1 Oktober hingga 31 Disember 1 Oktober tahun berikutnya 50. Pegawai kontrak layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan dengan diberi Pergerakan Gaji Biasa mengikut peraturan yang berkuat kuasa. 51. Pegawai yang dibayar gaji pukal atau gaji tetap tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy