Pelantikan

 42 CERAIAN UP.1.1.9 PENAMBAHAN TERMA DAN SYARAT DI DALAM BORANG PERJANJIAN PEGAWAI KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memaklumkan mengenai Penambahan Terma Dan Syarat Di Dalam Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (Contract Of Service) LATAR BELAKANG 2. Pelantikan kontrak merupakan kaedah pengambilan pegawai bagi melaksanakan sesuatu tugas tertentu dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan mengikut syarat yang dipersetujui antara pegawai, agensi dan Pihak Berkuasa Melantik selaras dengan Ceraian UP.1.1.1: Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service). 3. Berdasarkan terma dan syarat perjanjian pegawai kontrak, tempoh perkhidmatan pegawai kontrak akan berakhir sebaik sahaja tamat tempoh perkhidmatan kontrak yang ditetapkan kecuali terdapat keperluan untuk menyambung perkhidmatan tersebut atas keperluan agensi. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan kontrak tersebut tidak boleh dijadikan jaminan untuk pegawai dilantik ke jawatan tetap. PELAKSANAAN 4. Sehubungan itu, Kerajaan memutuskan supaya perkara ini dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam terma dan syarat perjanjian kontrak tetapi peruntukan ini hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani selepas tarikh surat edaran ini dikeluarkan. Peruntukan tersebut adalah sepertiberikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy