Pelantikan

 1-99 Pemakaian Undang-Undang 12. Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Kos dan Perbelanjaan 13. Segala kos dan perbelanjaan bagi penyempurnaan serta duti setem yang berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Pegawai. Pindaan 14. Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak. Ketaksahan 15. Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini diputuskan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan sebarang undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan, maka kesahan peruntukan lain di dalam Perjanjian ini tidak akan terjejas dan akan dikuat kuasa dan dilaksanakan seterusnya. Pelantikan ke jawatan tetap 16. Kerajaan tidak berkewajipan untuk melantik Pegawai ke jawatan tetap dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud pelantikan tetap perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau pihak berkuasa melantik berdasarkan syarat dan peraturan yang berkuat kuasa sekiranya Pegawai berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy