Pelantikan

 1-65 54.2 Cuti Sakit Pegawai layak diberi kemudahan cuti sakit tidak melebihi 15 hari setahun. Kemudahan ini adalah diluluskan oleh Ketua Jabatan dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar sebagai pengesahan tidak sihat untuk menjalankan tugas. Sekiranya pegawai telah habis menggunakan kemudahan cuti sakit yang dibenarkan (15 hari) tetapi masih memerlukan masa untuk pulih, pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. Kebenaran untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan ini tidak memutuskan kontrak yang berkuat kuasa kepada pegawai. Walau bagaimanapun, pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut. Sekiranya pegawai masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan. Tempoh tidak dibayar gaji ini juga tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk tujuan pembayaran ganjaran dan memberi kemudahan-kemudahan lain yang mengambil kira tempoh perkhidmatan. 54.3 Cuti Haji Cuti Haji (secara bergaji penuh) boleh diluluskan sekali sahaja kepada pegawai warganegara yang beragama Islam yang belum pernah menunaikan fardhu haji sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan, dengan syarat mereka telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang lima (5) tahun. Tempoh cuti yang boleh diluluskan tidak lebih 40 hari. Bagi pesara, syarat tempoh perkhidmatan minimum ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara. (Dibatalkan oleh Ceraian UP.1.1.8)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy