Pelantikan
139 (i) pesara yang hendak dilantik merupakan pegawai perkhidmatan awam (warganegara) yang telah bersara wajib ; (ii) pesara dilantik mengisi jawatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian ; (iii) pesara yang dilantik semula perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang ditawarkan dan memenuhi syarat- syarat pelantikan seperti berikut: (a) disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar; (b) membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [ Akta 13 ]; (c) lulus tapisan keselamatan; (d) menandatangani Surat Aku Janji; dan (e) mematuhi peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 [ Akta 88 ]. (iv) pesara yang dilantik memenuhi keperluan IPTA setelah mengambil kira pengalaman, kepakaran, kemahiran dan kesukaran mendapatkan calon di kalangan pegawai lantikan tetap; (v) pesara yang dilantik perlu mempunyai kompetensi yang sesuai dan prestasi yang baik berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) semasa dalam perkhidmatan sebelum beliau bersara; (vi) tempoh sesuatu kontrak yang ditawarkan adalah antara 1 hingga 3 tahun . Tempoh keseluruhan kontrak hendaklah tidak berpanjangan . IPTA bertanggungjawab menyediakan pelan penggantian ( succession plan ) supaya tugas pesara berkenaan dapat diganti dengan pegawai lantikan tetap . Walau bagaimanapun jika perkhidmatan pesara masih diperlukan atas sebab tertentu, had umur maksimum yang dibenarkan ialah sehingga 65 tahun sahaja;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy