Pelantikan

 15 CERAIAN UP.1.1.3 PENURUNAN KUASA PELANTIKAN SECARA KONTRAK PESARA KERAJAAN SEBAGAI PENSYARAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan penurunan kuasa pelantikan secara kontrak pesara Kerajaan bagi berkhidmat sebagai pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). LATAR BELAKANG 2. Sebelum berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007 pada 15 Jun 2007, kuasa menimbang pelantikan secara kontrak pesara sebagai pensyarah adalah Y.A.B. Perdana Menteri bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Ketua Setiausaha Negara bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 45 dan ke atas serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 45 ke bawah. 3. Kerajaan telah memutuskan untuk menurunkan kuasa menimbang perakuan pelantikan secara kontrak pesara sebagai pensyarah yang dinyatakan di perenggan 2 kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM) IPTA selaras dengan hasrat untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. PELAKSANAAN 4. Selaras dengan keputusan Kerajaan ini, kuasa menimbang perakuan bagi melantik pesara sebagai Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian diturunkan kepada PBM IPTA. 5. Dalam melaksanakan keputusan ini, PBM IPTA hendaklah mematuhi semua dasar, peraturan, prinsip dan syarat-syarat yang ditetapkan mengikut peraturan pelantikan secara kontrak yang berkuat kuasa dengan memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy