Pelantikan

 1-68 54.7 Pinjaman Kenderaan dan Komputer Kemudahan pinjaman untuk membeli kenderaan dan komputer boleh dipertimbangkan mengikut keperluan perkhidmatan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai mampu menyelesaikan bayaran balik pinjaman tersebut sebelum kontrak mereka tamat. 54.8 Rumah Kediaman/Kuarters Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan rumah-rumah kediaman/kuarters. Walau bagaimanapun, kemudahan tersebut boleh dipertimbangkan mengikut keperluan perkhidmatan. 54.9 Tambang Perjalanan (i) pegawai warganegara yang baru pertama kali dilantik dalam perkhidmatan awam diarah melapor diri di mana-mana tempat di Malaysia adalah layak dibayar tambang perjalanan bagi dirinya dari rumah kediaman ke tempat yang diarahkan bertugas mengikut kelayakan tambang perjalanan yang layak diperolehinya setelah memegang jawatan yang ditawarkan; (ii) tambang perjalanan datang ke Malaysia dan balik ke negara domisil boleh dipertimbangkan kepada pegawai bukan warganegara (termasuk penduduk tetap) yang berada di luar Malaysia semasa ditawarkan pelantikan yang telah diluluskan oleh PBM, dengan syarat: (a) kemudahan ini diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tempoh keseluruhan kontrak, iaitu semasa datang melaporkan diri bertugas dan semasa kembali ke negara domisil setelah tamat tempoh keseluruhan kontrak;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy