Pelantikan

 1-62 Penetapan Gaji Pesara 46. Bagi penetapan gaji pesara, tempoh pengalaman tidak boleh digunakan sebagai asas penetapan gaji permulaan. Gaji permulaan kontrak yang boleh ditawarkan kepada pesara adalah mengikut prinsip berikut: (i) pada mata gaji minimum di P1 sekiranya gaji akhir sebelum bersara lebih rendah daripada mata gaji minimum di gred jawatan yang ditawarkan; (ii) pada mata gaji lebih tinggi berhampiran di P1 dengan gaji akhir gred jawatan sebelum bersara sekiranya gaji akhir itu lebih tinggi daripada mata gaji minimum tetapi masih rendah daripada mata gaji maksimum di gred jawatan yang ditawarkan; (iii) pada mata gaji maksimum di P1 sekiranya gaji akhir gred jawatan sebelum bersara lebih tinggi daripada mata gaji maksimum di gred jawatan yang ditawarkan; (iv) gaji permulaan pegawai yang dilantik semula atas gred dan jawatan yang sama ialah gaji akhir yang diterima dalam kontrak sebelumnya. Bagi pegawai yang telah berkhidmat genap setahun tetapi tempoh kontraknya tamat sebelum menerima pergerakan gaji tahunan, pegawai boleh dipertimbangkan satu Pergerakan Gaji Biasa semasa penetapan gaji permulaan pada kontrak yang diperbaharui atas skim perkhidmatan dan gred yang sama serta dilantik oleh PBM yang sama dengan syarat tempoh kontrak yang baru dengan kontrak terdahulu tidak terputus melebihi enam (6) bulan; Gaji akhir yang dimaksudkan bagi penentuan gaji permulaan kontrak bagi pesara ialah gaji yang terakhir diterima sehari sebelum pegawai bersara dan bukan gaji yang telah diselaraskan untuk tujuan pencen berikutan perubahan gaji yang diputuskan oleh Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy