Pelantikan

 1-10 “pihak berkuasa melantik (PBM)” bermaksud pihak berkuasa melantik bagi sesebuah agensi yang diberi kuasa untuk melantik seseorang berkhidmat dengannya. Ini termasuklah Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa secara sah oleh PBM; “perkhidmatan gunasama” bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) atau Ketua Akauntan Negara. Skim perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya KPPA ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Psikologi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Juruteknik Komputer, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pegawai Khidmat Pelanggan, Operator Komputer dan Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) atau perkhidmatan lain yang ditentukan oleh KPPA dari semasa ke semasa. Manakala, perkhidmatan gunasama di bawah Ketua Akauntan Negara adalah skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data; “perkhidmatan bukan gunasama” bermaksud perkhidmatan selain daripada perkhidmatan gunasama;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy