Pelantikan

 1-24 BAHAGIAN IV PROSEDUR PELANTIKAN Prosedur Umum 25. Pengisian jawatan di bawah peruntukan OS11000 dan OS29000 memerlukan agensi mengemukakan justifikasi pengisian secara kontrak, skim perkhidmatan dan gred jawatan serta senarai tugas. Bagi pelantikan kontrak di bawah peruntukan OS11000, agensi boleh berurusan terus dengan PBM berkenaan. Walau bagaimanapun, pelantikan kontrak di bawah peruntukan OS29000 hendaklah mendapatkan pertimbangan BPO, JPA. Sekiranya dipersetujui, perakuan akan dikemukakan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia untuk pertimbangan dan kelulusan. 26. Urusan pengambilan hendaklah dibuat melalui iklan, sekurang-kurangnya dalam satu akhbar harian Bahasa Malaysia atau apa-apa kaedah lain mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Dalam keadaan tertentu di mana Ketua Jabatan telah mengenal pasti calon berdasarkan kesesuaian dan keperluan perkhidmatan, perakuan hendaklah dibuat kepada PBM untuk dipertimbangkan. Urusan pengambilan hendaklah dibuat selepas persetujuan di perenggan 25 diperolehi. Dokumen Pelantikan 27. Setiap permohonan yang dikemukakan kepada JPA atau PBM bagi pelantikan kali pertama dan pelantikan semula hendaklah disokong dengan salinan dokumen yang disahkan oleh mana-mana pegawai agensi awam dalam Kumpulan P&P. Dokumen yang diperlukan adalah seperti di Jadual 2.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy