Pelantikan

 8 UP.1.1.1 Penetapan Gaji Permulaan 4. Gaji permulaan pegawai kontrak yang dilantik ke jawatan kontrak lain yang lebih tinggi adalah berdasarkan mata gaji tertinggi berhampiran dengan mata gaji dalam kontrak terakhirnya, terhad di Peringkat 1 (P1). Penguatkuasaan Tapisan Keselamatan 5. Semua pegawai kontrak perlu menjalani dan lulus tapisan keselamatan. Perkhidmatan Kontrak Tidak Terputus Akibat Cuti Sakit 6. Sekiranya pegawai telah habis menggunakan kemudahan cuti sakit yang dibenarkan (15 hari) tetapi masih memerlukan masa untuk pulih, pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar. 7. Kebenaran untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan ini tidak memutuskan kontrak yang berkuat kuasa kepada pegawai. Walau bagaimanapun, pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut. Sekiranya pegawai masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan. Cuti Bersalin Secara Tanpa Gaji Untuk Bukan Warganegara 8. Pegawai kontrak bukan warganegara boleh diberi Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak melebihi 60 hari, terhad kepada maksimum sebanyak lima (5) kelahiran sepanjang tempoh perkhidmatan. Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak memutuskan tempoh kontrak yang berkuat kuasa kepada pegawai. Pemendekan Notis Penamatan Perkhidmatan 9. Permohonan pemendekan notis penamatan kontrak boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan jika pegawai ditawarkan pelantikan lain atau ditawarkan kursus pra perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy