Pelantikan

 1-19 Pelantikan Di Bawah Peruntukan OS29000 16. Pelantikan di bawah peruntukan OS29000 ialah pelantikan yang tidak mengisi mana-mana jawatan kosong seperti dalam senarai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun, pelantikan ini masih tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa. Cadangan pelantikan di bawah peruntukan OS29000 ini hendaklah disertakan dengan memberikan justifikasi mengenai keperluan perkhidmatan calon yang dilantik menggunakan peruntukan berkenaan. Cadangan perlu dikemukakan kepada BPO, JPA yang kemudiannya akan memperakukan kepada Pejabat Belanjawan Negara, Perbendaharaan Malaysia untuk kelulusan. Setelah kelulusan Perbendaharaan Malaysia diperolehi, agensi hendaklah menguruskan pelantikan calon berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Jika pelantikan diluluskan oleh PBM, emolumen pegawai hendaklah dibayar di bawah peruntukan OS29000. Pelantikan Ke Gred Kenaikan Pangkat 17. Pelantikan ke gred kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan P&P hanya boleh dipertimbangkan jika: (i) pelantikan yang dicadangkan itu tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai tetap dalam skim perkhidmatan yang sama. Sekiranya peluang kenaikan pangkat tidak terjejas, pelantikan boleh dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat di bawah peruntukan OS11000. Sekiranya terdapat keperluan tambahan kepada perjawatan sedia ada, pelantikan secara kontrak atas gred kenaikan pangkat boleh dibuat dengan menggunakan peruntukan OS29000; (ii) calon mempunyai kelayakan, pengalaman dan kemahiran yang lebih baik jika dibandingkan dengan pegawai dalam perkhidmatan tetap; dan (iii) tawaran pelantikan tersebut dapat menarik calon berkualiti yang amat diperlukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy