Pelantikan

 6 CERAIAN UP.1.1.1 DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar dan prosedur mengenai kaedah pelantikan secara kontrak perkhidmatan (contract of service) supaya pelaksanaannya lebih teratur, cekap dan seragam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam sebelum 1 April 2008 telah dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2003 - Panduan Pelantikan Pegawai Kontrak (PP 2/2003). Walau bagaimanapun, PP 2/2003 telah disemak semula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service) melibatkan semakan semula ke atas: (i) kuasa menimbang pelantikan secara kontrak bagi gred-gred tertentu yang terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); (ii) penetapan gaji permulaan pegawai kontrak yang dilantik kemudiannya secara kontrak ke gred jawatan yang lebih tinggi; (iii) penguatkuasaan Tapisan Keselamatan bagi semua pelantikan kontrak; (iv) perkhidmatan kontrak tidak terputus bagi pegawai yang mengambil cuti sakit melebihi kelayakan yang dibenarkan; (v) kemudahan cuti bersalin yang diberi kepada pegawai kontrak bukan warganegara; (vi) pemendekan notis penamatan kontrak; dan (vii) pembayaran ganjaran kepada pegawai kontrak yang menamatkan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy