Pelantikan

 1-6 SYARAT-SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 15. PBM boleh mempertimbangkan pengesahan dalam perkhidmatan pegawai pada bila-bila masa dalam tempoh satu tahun tertakluk pegawai mendapat perakuan Ketua Jabatan. Pegawai yang tidak mendapat perakuan untuk disahkan dalam perkhidmatan boleh ditamatkan perkhidmatan oleh PBM mengikut peraturan yang berkuat kuasa. 16. Pegawai dikecualikan daripada memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang lain seperti Program Transformasi Minda, latihan yang disyaratkan oleh Ketua Perkhidmatan, Peperiksaan Perkhidmatan dan lain-lain yang disyaratkan mengikut skim perkhidmatan. TARIKH KUAT KUASA PELANTIKAN TETAP 17. Tarikh kuat kuasa pelantikan tetap pegawai adalah tertakluk kepada tarikh yang ditentukan oleh PBM yang tidak boleh lebih awal daripada 1 Julai 2016 dan tarikh pegawai genap berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun mana yang terkemudian serta memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan. KAEDAH PENGISIAN JAWATAN 18. Kaedah pengisian jawatan oleh pegawai kontrak yang dilantik tetap adalah dengan mengisi jawatan kosong yang sedia ada. Sekiranya jawatan sedia ada yang kosong tidak setara dengan skim perkhidmatan dan gred kakitangan lantikan kontrak, Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tujuan penjajaran jawatan baharu yang akan diwujudkan dan gred yang bersesuaian. 19. Sekiranya tiada jawatan kosong, Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pewujudan jawatan baharu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy