Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

SETITIK NILA 2.0: KOLEKSI PENGURUSAN KES TATATERTIB PEGAWAI AWAM Cetakan Pertama 2023 © Hak Cipta Terpelihara Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Jabatan Perkhidmatan Awam merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi menerbitkan buku ini. Buku terbitan ini disediakan oleh Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas, Bahagian Perkhidmatan. Perpustakaan Negara Malaysia ISBN 978-967-19905-5-1 Diterbitkan oleh: Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 6, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel: 03-8885 3000 www.jpa.gov.my

Sekapur Sirih Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Secara umumnya, integriti merangkumi sikap, tingkah laku dan segala perbuatan yang berlandaskan sifat jujur, amanah dan tanggungjawab. Semua ini bukanlah perkara asing bagi kita. Malah kita dididik sedari kecil untuk mengamalkan budaya hidup positif dan sentiasa mementingkan nilai-nilai murni dalam segenap aspek kehidupan. Sungguhpun demikian, kita harus akui walaupun integriti merupakan perkataan yang mudah untuk dilafazkan, namun ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk dipraktikkan. Pembudayaan prinsip integriti dalam kehidupan bermula dari rumah dan harus diperkukuh sepanjang fasa kehidupan individu, dari sekolah ke alam pekerjaan hinggalah ke hujung usia. Kita semua tidak seharusnya berkompromi dengan isu integriti ini. Lantas, menjadi tanggungjawab dan amanah kepada pegawai awam untuk bersama-sama memastikan integriti kita tidak dipersoal mahupun diperlekehkan oleh rakyat. Pengurusan tatatertib dalam perkhidmatan awam merupakan elemen penting dalam membentuk pegawai agar memiliki tatakelola yang baik, berintegriti tinggi, bermotivasi dan memiliki nilai-nilai murni sama ada dalam kerjayanya mahupun kehidupannya. Dalam konteks pengurusan tatatertib, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab semua Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Ketua Unit Integriti dan ahli Lembaga Tatatertib untuk mempunyai ilmu pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi dan menyeluruh berkaitan dengan dasar dan prosedur peraturan tatatertib yang berkuat kuasa bagi memastikan prinsip adil dan saksama diutamakan. Prinsip adil dan saksama ini amat penting kerana apabila suatu hukuman tatatertib dijatuhkan ke atas pegawai, ia akan memberi implikasi kepada faedah serta hak pegawai seperti kenaikan pangkat, peluang kursus dan latihan, faedah persaraan, ganjaran dan perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | i

Dalam proses untuk berlaku adil dan saksama, Pihak Berkuasa Tatatertib bukan sahaja perlu mematuhi dasar dan prosedur yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang berkuat kuasa, tetapi mereka juga perlu mematuhi prinsip keadilan asasi (principle of natural justice) yang merupakan salah satu prinsip penting dalam undang-undang pentadbiran. Pematuhan terhadap prinsip keadilan asasi (principle of natural justice) ini amat penting dan sebarang pelanggaran boleh menyebabkan kes-kes tersebut dirujuk di mahkamah untuk dibuat semakan kehakiman atas keputusan yang berkemungkinan membawa kerugian kepada pihak Kerajaan. Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku ‘Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam’ yang merupakan kelangsungan daripada buku ‘Setitik Nila: Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ terbitan tahun 2009 bertujuan memberikan panduan kepada semua pegawai dalam pengurusan kes-kes tatatertib pegawai awam. Adalah menjadi harapan saya agar ‘Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam’ dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pegawai awam khususnya kepada Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Ketua Unit Integriti dan ahli Lembaga Tatatertib bagi memastikan pengurusan kes tatatertib dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan. ii | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Seulas Pinang Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Usaha ke arah mewujudkan perkhidmatan awam berintegriti, telus dan cekap adalah satu perjuangan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan titik noktah. Setiap pegawai awam di Malaysia perlu sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya mengamalkan sifat jujur dan amanah dalam pelaksanaan tugas selain daripada mempunyai kompetensi tinggi dalam bidang masing-masing bagi memastikan semua tugas disempurnakan sebaik mungkin. Bersandarkan kepada gagasan tersebut, JPA selaku agensi pusat pengurusan sumber manusia sektor awam mengambil langkah meneruskan legasi pimpinan terdahulu dengan mengeluarkan edisi terkini kompilasi kes-kes tatatertib dalam perkhidmatan awam untuk dijadikan panduan kepada Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Ketua Unit Integriti dan ahli Lembaga Tatatertib dalam menguruskan kes tatatertib di kementerian/jabatan/agensi. Ia turut bertujuan memberikan kesedaran kepada pegawai awam, bahawa setiap pelanggaran kepada peraturan berkaitan akan mengakibatkan pegawai awam terbabit berdepan dengan tindakan tatatertib. Oleh itu, penerbitan buku ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pegawai awam di mana ia merupakan satu tindakan preventif JPA bagi memastikan pegawai awam mematuhi peraturan yang berkuat kuasa demi kepentingan organisasi dan negara secara keseluruhannya. Sesungguhnya, perkhidmatan awam yang cemerlang tidak hanya bergantung kepada sumber manusia yang cekap dan berintegriti, malah ia menuntut komitmen berterusan setiap individu bergelar pegawai awam agar sentiasa menjunjung tinggi dan menghayati prinsip dalam Surat Akujanji yang ditandatangani sebagai tanda ikrar dan sumpah setia kepada ibu pertiwi yang dikasihi. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | iii

KANDUNGAN Sekapur Sirih i Seulas Pinang iii Kandungan iv Pengenalan v Tatatertib Am 1 Tatakelakuan 2 Gangguan Seksual 48 Pekerjaan Luar 67 Etika Pemakaian 72 Dadah 78 Hadiah 91 Keraian 99 Pemunyaan Harta 105 Menyenggara Taraf Hidup 110 Meminjam Wang 115 Keterhutangan Kewangan yang Serius 119 Pernyataan Awam 129 Kegiatan Politik 132 Tidak Hadir Bertugas 136 Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 148 Tidak Hadir Bertugas dan Tidak Dapat Dikesan 172 Jenayah 183 Perintah Tahanan dan Buang Negeri 209 Surcaj 212 Penamatan Demi Kepentingan Awam 227 iv | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

PENGENALAN 1. PENDAHULUAN Dalam era yang dikenali sebagai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ini, perkhidmatan awam Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran yang pastinya menuntut kepada usaha berterusan bagi memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan oleh setiap individu yang bergelar pegawai awam. Selari dengan hasrat tersebut, penekanan ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang telus, berintegriti dan berdisiplin perlu terus dipergiat demi memastikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju tercapai. Pastinya, aspek pematuhan kepada peraturan yang berkuat kuasa adalah sesuatu yang perlu sentiasa dititikberatkan oleh setiap Ketua Jabatan bagi memacu organisasi yang cekap dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan perubahan besar yang bakal melanda kehidupan dari aspek politik, sosial, teknologi dan ekonomi dalam era yang mendatang, tidak dapat dinafikan bahawa peranan perkhidmatan awam Malaysia dalam mendepani semua cabaran masa hadapan akan menjadi lebih signifikan. Hanya dengan keutuhan jati diri dan sikap positif pegawai awam sahajalah yang akan dapat menggalas tanggungjawab bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang progresif, maju dan seimbang daripada aspek pembangunan fizikal dan rohani. Justeru, buku ‘Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam’ ini diterbitkan supaya pengurusan kes tatatertib yang dijelaskan dalam buku ini dapat dijadikan contoh dan panduan khusus kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan kes tatatertib pegawai awam di kementerian/jabatan/agensi masing-masing. Buku ini merupakan kelangsungan daripada ‘Setitik Nila: Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ yang telah diterbitkan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA pada tahun 2009. Pelbagai contoh kes tatatertib yang baharu dan tidak dirangkum dalam buku terdahulu turut dijelaskan dalam buku ini. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | v

2. PERINGATAN: PENGGUNAAN BUKU Buku ‘Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam’ ini diterbitkan untuk menjadi panduan kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan tatatertib di peringkat kementerian/jabatan/agensi khasnya kepada Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Ketua Unit Integriti dan ahli Lembaga Tatatertib yang berkenaan. Memandangkan buku ini hanyalah berperanan sebagai panduan dan rujukan semata-mata, pihak yang menguruskan prosedur tatatertib di peringkat kementerian/jabatan/agensi adalah tidak terikat kepada fakta kes, representasi pegawai, ulasan Ketua Jabatan ataupun keputusan Lembaga Tatatertib yang dinyatakan dalam buku ini. Di samping itu, pihak yang menguruskan prosedur tatatertib juga tidak terikat dengan gaya penulisan, olahan ayat, susun atur cerita dan format penulisan buku ini. Ini kerana setiap kes tatatertib mempunyai latar belakang dan merit yang tersendiri serta ia mestilah dipertimbang berdasarkan fakta kes termasuk pembuktian yang berkaitan dengan kes itu sahaja. Dari segi hukuman, tiada garis panduan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk mengenakan mana-mana hukuman bagi mana-mana kesalahan. Pihak Berkuasa Tatatertib memiliki budi bicara dalam menjatuhkan hukuman tatatertib. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih daripada hukuman-hukuman berikut: (a) Amaran; (b) Denda; (c) Lucut Hak Emolumen; (d) Tangguh Pergerakan Gaji; (e) Turun Gaji; (f) Turun Pangkat; atau (g) Buang Kerja. vi | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Walau apa pun peraturan dan prosedur tatatertib yang dinyatakan dalam buku ini, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Ketua Unit Integriti dan ahli Lembaga Tatatertib atau mana-mana pegawai yang berkenaan di peringkat kementerian/jabatan/agensi hendaklah melaksanakan tatatertib berdasarkan peraturan-peraturan tatatertib yang berkuat kuasa atau mana-mana pekeliling perkhidmatan, surat pekeliling perkhidmatan, pekeliling perbendaharaan dan/atau apa-apa surat edaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. 3. UMUM Semua contoh dalam buku ‘Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam’ ini adalah adaptasi kes tatatertib sebenar yang telah diolah bagi melindungi identiti sebenar pegawai yang terlibat dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | vii

Tatakelakuan

GANGGU RUMAH TANGGA ORANG 1. LATAR BELAKANG KES Encik Jantan anak Alang ialah seorang Pemandu Kenderaan Gred H14 yang bertugas di Bahagian V, Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan oleh Encik Ali bin Saleh, seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 (pengadu) di Bahagian V, Kementerian X berhubung pelanggaran tatakelakuan oleh Encik Jantan anak Alang yang disyaki cuba menggoda isteri pengadu, Puan Melisa binti Karim untuk melakukan hubungan sulit berdasarkan komunikasi melalui aplikasi WhatsAppantara keduanya. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib yang dilakukan pegawai adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat, iaitu Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 3

hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Jantan anak Alang (No. Kad Pengenalan: 780502-00-0000) sebagai Pemandu Kenderaan Gred H14 di Bahagian V, Kementerian X telah didapati berbalas mesej yang berunsur lucah dan menghantar gambar-gambar bogel dan tidak bermoral milik pegawai sendiri melalui aplikasi WhatsApp kepada Puan Melisa binti Karim, yang merupakan isteri kepada Encik Ali bin Saleh, Pemandu Kenderaan Gred H11 di Bahagian V, Kementerian X. Tuan didapati telah cuba menggoda dan mempengaruhi Puan Melisa binti Karim untuk melakukan hubungan sulit dengan tuan. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: ‟4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mempunyai tanggungan yang besar sebagai seorang ketua keluarga kepada isteri dan dua (2) orang anak. Pegawai menanggung ibu yang uzur. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan pegawai; 4 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(b) mengambil kira rekod perkhidmatan pegawai yang baik dan bersih selama 23 tahun dan akan bersara dalam tempoh 10 tahun lagi; (c) perhubungan dengan Puan Melisa binti Karim, yang merupakan isteri kepada Encik Ali bin Saleh, Pemandu Kenderaan Gred H11, di Bahagian V, Kementerian X adalah untuk menyertai perniagaan menjual minyak dan ubat kuat. Akan tetapi, Puan Melisa bin Karim meminta pegawai menunjukkan alat kelamin bagi membuktikan hasil penggunaan ubat kuat tersebut. Pegawai enggan memberikan gambar tersebut pada awalnya kerana mengatakan bukti penggunaan adalah perlu daripada pihak Puan Melisa binti Karim dahulu. Namun, pegawai telah menghantar gambar dalam keadaan di bawah sedar kerana hipoglisemia akibat kencing manis dan selepas didesak berkali-kali oleh Puan Melisa binti Karim; (d) Puan Melisa binti Karim juga telah menelefon pegawai untuk menceritakan masalah rumah tangga bersama suami sehingga cuba untuk membunuh diri. Puan Melisa binti Karim sering kali menghubungi pegawai dan pegawai menyatakan keengganan untuk melayaninya; (e) pegawai telah diserang oleh suami Puan Melisa binti Karim, Encik Ali bin Saleh di Daerah Y, Negeri Z tetapi pegawai tidak membalas serangan tersebut. Pegawai tidak membuat laporan polis kerana ingin mengelak daripada Encik Ali bin Saleh dikenakan tindakan jenayah; dan (f) pegawai juga diugut oleh Encik Ali bin Saleh untuk menyebarkan gambar-gambar bogel kepada rakan-rakan pegawai. Pegawai merasakan telah menjadi mangsa keadaan dan telah dikhianati oleh Puan Melisa binti Karim. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 5

(a) pegawai tidak menunjukkan sebarang masalah disiplin dan mematuhi segala peraturan yang berkuat kuasa selain prestasi kerja yang baik; (b) merujuk kepada surat pertuduhan, pegawai didapati melakukan kesalahan dengan tatakelakuan yang mencemarkan imej sebagai seorang pegawai awam; dan (c) hukuman wajar dikenakan ke atas pegawai atas kesalahan yang telah dilakukan supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada pegawai lain. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan juga mengharapkan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut: i. rekod perkhidmatan pegawai yang baik dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib selama 23 tahun berkhidmat. Pegawai telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga (3) kali dalam tempoh perkhidmatan; ii. pegawai menghidap penyakit kencing manis. Rekod pesakit adalah sebagaimana yang dilampirkan; iii. pegawai juga mempunyai seorang anak yang masih belajar di Universiti PQR. Surat tawaran kemasukan anak beliau ke universiti adalah seperti dilampirkan; dan iv. pendapatan isi rumah pegawai hanya bergantung kepada gaji pegawai sahaja memandangkan isteri pegawai merupakan seorang suri rumah tangga. 6 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh enam (6) bulan mengikut Peraturan 38(a) dan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai didapati bersalah atas tindakan yang dilakukan dan wajar dikenakan hukuman agar kesalahan sama tidak berulang serta menjadi pengajaran kepada pegawai; dan (b) representasi yang dikemukakan oleh pegawai adalah penafian semata-mata dan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan yang dikenakan. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 7

MCPALSU 1. LATAR BELAKANG KES Encik Muthusamy a/l Karupiah ialah seorang Penolong Pegawai Sains Gred C29 di Bahagian V, Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan telah memalsukan tiga (3) Sijil Sakit bernombor Siri A1 bertarikh 13 Mei 2019, Siri B1 bertarikh 27 Mei 2019 - 28 Mei 2019 dan Siri D1 bertarikh 10 September 2019 yang dikeluarkan oleh Hospital GH. Pegawai Perubatan di Hospital GH mengesahkan bahawa pegawai pernah diberi Sijil Cuti Sakit No. Siri C1 yang dikeluarkan pada tarikh 14 Ogos 2019 bagi tarikh cuti 14 Ogos 2019 (satu (1) hari sahaja). Pegawai tidak pernah mendapat rawatan pada tarikh dan no siri Sijil Sakit seperti 13 Mei 2019 (A1), 27 Mei 2019 - 28 Mei 2019 (B1) dan 10 September 2019 (D1). Pihak Hospital GH turut mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 8 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESPRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujudkesprima facie. 4. PERTUDUHAN Pegawai dikenakan dua (2) pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Muthusamy a/l Karupiah (No. Kad Pengenalan: 821010-00-0000), Penolong Pegawai Sains Gred C29 di Bahagian V, Kementerian X didapati telah mengemukakan Sijil Cuti Sakit kepada Pentadbir Cuti Bahagian untuk diperakukan namun didapati meragukan. Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib kerana ketidakpatuhan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, iaitu melanggar Peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur dan tidak amanah; dan (g) tidak bertanggungjawab” Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 9

Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Muthusamy a/l Karupiah (No. Kad Pengenalan: 821010-00-0000), Penolong Pegawai Sains Gred C29 di di Bahagian W, Kementerian X didapati telah mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu kepada Pentadbir Cuti Bahagian untuk diperakukan pada Sijil Sikit dengan nombor Siri A1 (13 Mei 2019), B1 (27 Mei 2019-28 Mei 2019) dan D1 (10 September 2019). Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib kerana ketidakpatuhan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, iaitu melanggar Peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur dan tidak amanah; dan (g) tidak bertanggungjawab” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai telah mengaku bahawa kedua-dua pertuduhan ke atasnya adalah benar dan betul serta bersedia untuk menerima hukuman daripada perbuatan yang telah dilakukan; (b) pegawai memohon maaf dan amat menyesal dengan perlakuan beliau dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Pegawai memohon agar Lembaga Tatetertib dapat mempertimbangkan tindakan 10 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

tatatertib yang bakal dikenakan ke atas beliau dapat diringankan berdasarkan kepada alasan-alasan berikut: i. pegawai mempunyai tanggungan yang besar sebagai seorang ketua keluarga kepada isteri dan seorang anak. Pegawai menanggung ibu dan adik yang tidak bekerja kerana menjaga ibu yang sakit dan membuat pemeriksaan secara berkala di klinik dan hospital. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan pegawai; dan ii. pegawai sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda secara separuh masa. Yuran pengajian ini dibiayai melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kos sendiri bagi pembelian buku rujukan dan lain-lain. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pertuduhan ke atas pegawai merupakan satu pertuduhan yang berat dan tindakan pegawai mengemukakan butiran palsu serta memalsukan tandatangan pegawai perubatan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pegawai awam; (b) tindakan pegawai mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu adalah suatu tindakan berani dan tidak berintegriti; (c) tindakan pegawai memalsukan tandatangan pegawai perubatan adalah satu perlakuan yang disengajakan dan berbentuk jenayah; dan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 11

(d) hukuman berat wajar dijatuhkan ke atas pegawai supaya ia menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua warga. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati tidak bersalah dan membebaskan pegawai daripada pertuduhan tersebut. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan yang dikenakan dan representasi yang dikemukakan oleh pegawai tidak dapat membebaskan diri. 12 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

LANGGAR PERATURAN KEWANGAN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Lisa Lim ialah seorang Pegawai Pertanian Gred G48 yang bertugas di Bahagian V, Jabatan W. Laporan yang diterima menyatakan beliau didapati telah melantik lima (5) syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Daerah Y bermula 1 Januari 2017 tanpa mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan dan perolehan perkhidmatan tersebut. Perbuatan pegawai adalah bercanggah dengan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP): Kaedah Perolehan Kerajaan (PK 2.1). 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 13

mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Lisa Lim (No. Kad Pengenalan: 810405-00-0000), Pegawai Pertanian Gred G48, Bahagian V, Jabatan W didapati telah melantik lima (5) syarikat seperti dalam jadual di bawah untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Daerah Y bermula 1 Januari 2017 tanpa mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan dan perolehan perkhidmatan tersebut: Jadual Bil. Syarikat Perkhidmatan Nilai (RM) 1. Blackrose Perkhidmatan Penyelenggaraan 1a 19,431.60 2. Wings Perkhidmatan Penyelenggaraan 1b 19,752.00 3. Search Perkhidmatan Penyelenggaraan 1c 19,908.75 4. Elite Perkhidmatan Penyelenggaraan 1d 19,243.50 5. Spice Girls Kerja-kerja Penyelenggaraan 1e 19,666.00 Tindakan puan itu adalah bertentangan dengan Perenggan 5(iv)i., 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP): Kaedah Perolehan Kerajaan (PK2.1) yang memperuntukkan Pihak Berkuasa Melulus bagi pembelian terus dan sebut harga bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan sehingga RM20,000.00 setahun atau sesuatu kontrak adalah Pegawai Pengawal, Ketua Jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa. Perkara ini adalah disahkan oleh Bahagian V, Jabatan W bahawa puan bukanlah pegawai yang diberi kuasa untuk melaksanakan perolehan bagi pihak Jabatan W. 14 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Tindakan puan itu juga telah mengakibatkan Kerajaan terpaksa bertanggungan dari segi kewangan terhadap perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh puan tanpa mengikut tatacara kewangan Kerajaan. Perbuatan puan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab, iaitu bercanggah dengan Peraturan 4(2)(g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai tidak pernah menerima sebarang surat pertuduhan dan tunjuk sebab daripada pihak Jabatan W berkaitan dengan perkara tersebut; (b) pegawai menyatakan, bagi pertuduhan tidak mempunyai kuasa membuat pelantikan dan perolehan, pegawai telah menyediakan satu (1) Laporan Kronologi kepada Unit Integriti yang menerangkan proses pelantikan dan perolehan bermula daripada peringkat arahan Ketua Jabatan sehingga ke peringkat pembatalan pelantikan dan perolehan tersebut; (c) pegawai menyatakan bagi pertuduhan Kerajaan terpaksa bertanggungan dari segi kewangan terhadap perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh beliau adalah tidak benar, kerana terdapat memo yang dikemukakan oleh Pengarah Bahagian V, Jabatan W menyatakan ‘tidak akan mengeluarkan Pesanan Tempatan atau membuat pembayaran kepada kontraktor yang telah diarahkan oleh tuan’. Pegawai Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 15

menyatakan pertuduhan tersebut adalah tidak benar dan berunsur fitnah yang menjejaskan reputasi pegawai; dan (d) pegawai memohon agar Pihak Berkuasa Tatatertib menilai dokumen-dokumen dilampirkan sebagai bukti pembelaan diri beliau terhadap pertuduhan tidak berasas tersebut. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Jabatan W sememangnya tidak mengeluarkan sebarang pertuduhan kepada beliau, hanya Laporan Ketua Jabatan telah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Tatatertib bagi pegawai atas kesalahan tatakelakuan yang telah dilakukan; (b) tindakan-tindakan seperti yang dinyatakan dalam kronologi tidak sepatutnya dilakukan kerana pegawai bukanlah individu yang diberi kuasa untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan; (c) prestasi pegawai adalah memuaskan dan hubungan dengan rakan sekerja adalah biasa. Namun begitu, sikap pegawai yang kurang mesra dan sering bertingkah menyalahkan pihak lain tidak seharusnya dilakukan oleh beliau sebagai pegawai atasan; (d) pelanggaran tatakelakuan yang pegawai lakukan telah mendedahkan Jabatan W terhadap tindakan sivil sekiranya syarikat yang dilantik mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan W dan mengakibatkan imej Jabatan W terjejas; dan 16 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(e) pihak Jabatan W merasakan pegawai wajar dikenakan tindakan tatatertib yang setimpal supaya menjadi pengajaran dan peringatan kepada beliau dan pegawai yang lain. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh enam (6) bulan mengikut Peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas pertimbangan keputusan: (a) representasi yang dikemukakan oleh pegawai adalah penfian semata-mata dan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan yang dikenakan. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut: (a) perayu menyatakan bahawa mula terlibat dalam isu perolehan tersebut apabila penduduk Daerah Y telah membuat aduan kepada perayu berkenaan keadaan kawasan tersebut; (b) perayu telah mendapatkan beberapa sebut harga dan membuat kajian pasaran. Kemudian menghantar satu memo kepada kontraktor-kontraktor Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 17

yang menawarkan harga yang paling rendah dan salinan memo kepada Pengarah Bahagian V; (c) perayu merasakan pertuduhan terhadap pegawai adalah palsu dan menyatakan punca masalah tersebut adalah kegagalan Pengarah Bahagian V dalam melaksanakan tanggungjawab; dan (d) perayu memohon agar pertuduhan terhadap beliau digugurkan. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) secara jelas, perayu tidak memahami tatacara pengurusan perolehan menyebabkan beliau tidak mematuhi peraturan yang telah digariskan di dalam 1PP/PK1 (Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan Kerajaan); (b) tiada mana-mana pihak yang ingin “memerangkap” perayu untuk menjatuhkan prestasi perayu susulan pembabitannya dalam kerja-kerja di DaerahY; (c) beberapa perkara juga telah berlaku di Jabatan W akibat daripada permasalahan yang telah ditimbulkan oleh perayu dan telah mencemarkan imej Jabatan W; dan (d) berdasarkan rayuan yang dikemukakan, perayu dilihat tidak mengakui kesalahan-kesalahan dan pelanggaran tatakelakuan yang telah dilakukannya. Sebaliknya cuba menyalahkan pihak Jabatan W atas apa yang berlaku. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan W tidak menyokong 18 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

permohonan rayuan perayu dan meminta Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam tidak menerima rayuan tersebut. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam setelah menimbang rayuan pegawai memutuskan bahawa rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertibdikekalkan. Asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1). Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 19

PECAH KECIL NILAI PEROLEHAN 1. LATAR BELAKANG KES Encik Karim bin Abu ialah seorang Pegawai Pertanian Gred G44 yang bertugas di Bahagian V, Jabatan W. Laporan yang diterima menyatakan pegawai telah mengarahkan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 untuk memecahkecilkan projek bernilai RM30,000.00 kepada dua (2) bahagian. Perbuatan pegawai adalah bercanggah dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 Perkara 1(iii)(a) Larangan Pecah Kecil. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah 20 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Karim bin Abu (No. Kad Pengenalan: 840606-00-0000), Pegawai Pertanian Gred G44 semasa bertugas di Bahagian V, sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk merancang dan menyelia komoditi, sumber kewangan serta menyelia sumber manusia telah tidak patuh kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 Perkara 1(iii)(a) Larangan Pecah Kecil dengan mengarahkan Puan Aini binti Tahir, Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 untuk memecahkecilkan Projek A dan Projek B yang berjumlah RM30,000.00 kepada dua (2) bahagian. Pecahan tersebut menjadikan Projek A bernilai RM10,100.00 dan Projek B bernilai RM19,900.00. Pekeliling tersebut menyatakan bahawa “Agensi dilarang memecahkecilkan perolehan tahunan untuk mengelakkan daripada pelawaan secara sebut harga dan tender”. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai kurang cekap atau kurang berusaha, tidak bertanggungjawab, ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah Peraturan 4(2)(e), 4(2)(g), 4(2)(i), dan 4(2)(j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya” Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 21

5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai menyatakan bahawa beliau tidak pernah didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Kewangan Kerajaan yang sebenarnya dan tidak pernah menghadiri mana-mana kursus kewangan; (b) pegawai turut mengakui kurang berpengalaman dalam menguruskan peruntukan pembangunan Kerajaan. Pegawai sedaya upaya melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan walaupun menghadapi situasi kekurangan pegawai di samping bebanan kerja yang banyak; (c) pegawai juga memaklumkan sekiranya beliau tidak mematuhi peraturan kewangan, ia adalah tidak disengajakan dan dibuat tanpa sedar kerana kesibukan menguruskan tugas-tugas yang lain; dan (d) pegawai berharap Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) Jabatan W dapat membebaskan beliau daripada pertuduhan yang telah dikenakan ke atas beliau. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) sepanjang perkhidmatan, pegawai telah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik mengikut waktu yang telah ditetapkan dan telah hadir bertugas dengan baik; 22 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(b) pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan dan mampu melaksanakan arahan kerja dan menepati masa melalui perbincangan dengan pegawai atasan beliau; (c) dari segi peribadi, pegawai telah menunjukkan semangat kerja berpasukan yang tinggi serta boleh menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Pegawai sentiasa berusaha untuk mempelajari dan menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam mempertingkatkan kemajuan kerjaya; dan (d) Ketua Jabatan menyokong dan bersetuju dengan representasi yang dikemukakan oleh pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah melanggar Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa; (b) sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab menyelia kewangan, pegawai hendaklah memahami dan mematuhi Arahan Perbendaharaan yang seharusnya menjadi panduan untuk pegawai menjalankan tugas-tugas seharian; dan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 23

(c) menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut: (a) perayu menganggap hukuman ‘amaran’ yang dikenakan ke atas beliau adalah tidak wajar kerana merasakan beliau tidak bersalah; (b) perayu menyatakan bahawa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan, tetapi mengakui bahawa kurang berpengalaman dalam menguruskan peruntukan pembangunan Kerajaan; (c) kesilapan yang dibuat tidak mendatangkan keuntungan kepada perayu dan pegawai di bawah seliaan perayu malah hanya Jabatan W yang mendapat keuntungan kerana kerja dijalankan dengan sempurna; dan (d) perayu memohon agar dibebaskan daripada pertuduhan memandangkan kesalahan tersebut adalah kesalahan yang pertama dan di luar pengetahuannya serta tanpa teguran dan bimbingan yang benar daripada mana-mana pihak. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: 24 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(a) kesalahan berkenaan adalah merupakan kesalahan kali pertama yang dilakukan oleh perayu; (b) perayu adalah pegawai yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh; dan (c) perayu tidak mendapat latihan/kursus dalam bidang kewangan pada peringkat awalnya. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam setelah menimbang rayuan pegawai memutuskan bahawa rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertibdikekalkan. Asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan W. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 25

PENYAMAR 1. LATAR BELAKANG KES Encik Matthew Raj ialah seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 di Jabatan W. Pegawai ini dilaporkan telah menerima, memiliki ID dan kata laluan rakan sekerja pegawai, iaitu Puan Bibiana binti Jaafar dan Encik Jackson Loh daripada Encik Hamid bin Mat Nuh, Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29. Pegawai telah menggunakan ID dan kata laluan tersebut untuk mengakses Sistem Maklumat Kastam (SMK) pada 2 April 2020 bertujuan untuk membuat pelepasan di lapan (8) unit kontena milik Syarikat Syok Sendiri Sdn. Bhd. yang membawa barang dagangan import Cattle Beef Neck Bone pada 2 April 2020, 7 April 2020 dan 14 April 2020 tanpa semakan dokumen dan enam (6) kontena barang dagangan daging telah dilepaskan dalam SMK tanpa pemeriksaan di pintu masuk. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukumanselain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 26 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD /TIDAK WUJUD KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Matthew Raj (No. Kad Pengenalan: 850808-00-0000), Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 di Jabatan W, Negeri Z pada 2 April 2020, 7 April 2020 dan 14 April 2020 didapati telah menerima dan memiliki IDdan kata laluan SMK milik Puan Bibiana binti Jaafar dan Encik Jackson Loh daripada Encik Hamid bin Mat Nuh, Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 yang bertugas di pintu masuk untuk membuat pelepasan di SMK sebanyak lapan (8) unit milik Syarikat Syok Sendiri Sdn. Bhd. yang membawa barang dagangan import Cattle Beef Neck Bone pada 2 April 2020, 7 April 2020 dan 14 April 2020 tanpa pengetahuan dan kebenaran pemilik ID. Tuan dengan itu telah melanggar surat Arahan Tetap Ketua Pengarah bertarikh 27 September 2017 bertajuk Arahan Supaya Tidak Berkongsi ‘Password’ Untuk Akses Kepada Sistem Kerajaan Untuk Tugasan Rasmi Jabatan dan Surat Pelantikan Pegawai Penguatkuasa/Penolong Pegawai Penguatkuasa. Tuan juga telah melanggar surat Arahan Tetap Ketua Pengarah bertarikh 11 Mac 2020 yang bertajuk Arahan Bagi Pematuhan Penggunaan Kata Laluan dan Keselamatan Digital Dalam Sistem Elektronik Jabatan W. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 27

Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab, ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(f), 4(2)(g), 4(2)(i) dan 4(2)(j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya” Pertuduhan Kedua Bahawa tuan, Matthew Raj (No. Kad Pengenalan: 850808-00-0000) Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, di Jabatan W, Negeri Z pada 2 April 2020, 7 April 2020 dan 14 April 2020 didapati telah menyalahgunakan ID dan kata laluan milik Puan Bibiana binti Jaafar dan Encik Jackson Loh yang diterima daripada Encik Hamid bin Mat Nuh, Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 untuk membuat pelepasan di SMK sebanyak lapan (8) unit kontena milik Syarikat Syok Sendiri Sdn. Bhd. yang membawa barang dagangan import Cattle Beef Neck Bone pada 2 April 2020, 7 April 2020 dan 14 April 2020 tanpa semakan dokumen dan enam (6) kontena barang dagangan daging telah dilepaskan dalam SMK tanpa semakan fizikal di pintu masuk. Tuan telah melanggar surat Arahan Tetap Ketua Pengarah bertarikh 27 September 2017 bertajuk Arahan Supaya Tidak Berkongsi ‘Password’ Untuk Akses Kepada Sistem Kerajaan Untuk Tugasan Rasmi Jabatan dan Surat Pelantikan Pegawai Penguatkuasa/Penolong Pegawai Penguatkuasa. Tuan juga telah melanggar surat Arahan Tetap Ketua Pengarah bertarikh 28 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

11 Mac 2020 yang bertajuk Arahan Bagi Pematuhan Penggunaan Kata Laluan dan Keselamatan Digital Dalam Sistem Elektronik Jabatan W. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab, ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(f), 4(2)(g), 4(2)(i) dan 4(2)(j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai tidak pernah menerima atau membaca surat Arahan Tetap Ketua Pengarah bertarikh 27 September 2017 bertajuk Arahan Tidak Berkongsi ‘Password’ Untuk Akses Kepada Sistem Kerajaan Untuk Tugasan Rasmi Jabatan dan tidak dimaklumkan mengenai amalan tersebut sepanjang tempoh perkhidmatan di Jabatan W bertarikh 13 November 2018 sehingga 2 April 2020; Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 29

(b) budaya menggunakan ID serta kata laluan pegawai lain bagi meluluskan atau melepaskan sesuatu konsainan sudah menjadi normal serta budaya sepanjang berkhidmat di Pelabuhan Kelana. Hal ini kerana terdapat pegawai-pegawai di pintu masuk yang ID disekat atas sebab-sebab tertentu. Oleh yang demikian, bagi melancarkan proses pelepasan di kaunter, terdapat sesetengah pegawai yang menampal atau meletakkan ID serta kata laluan mereka di komputer pelepasan bagi kegunaan pegawai lain; (c) pegawai menyatakan tidak ada menerima sebarang surat Arahan Tetap Ketua Pengarah bertarikh 11 Mac 2020 yang bertajuk Arahan Bagi Pematuhan Penggunaan Kata Laluan dan Keselamatan Digital Dalam Sistem Elektronik Jabatan W secara fizikal, e-mel mahupun melalui aplikasi WhatsApp groupsebelum hari melakukan pelepasan konsainan; (d) pegawai menerima IDserta kata laluan pegawai lain di pintu masuk, iaitu Puan Bibiana binti Jaafar dan Encik Jackson Loh yang diterima daripada Encik Hamid bin Mat Nuh. Encik Hamid bin Mat Nuh telah menghubungi dan meminta untuk membuat pelepasan kontena di dalam SMK dengan menggunakan ID pegawai-pegawai tersebut atas alasan pelepasan tidak dapat dilakukan di Pejabat berdekatan. Pegawai hanya menurut tanpa soal dan melakukan pelepasan tersebut di Pejabat berdekatan kerana mempercayai apa yang diperkatakan oleh Encik Hamid bin Mat Nuh yang merupakan pegawai senior; (e) pegawai tidak mengetahui bahawa kontena yang dilepaskan belum melalui semakan fizikal dan terdapat ketidakpatuhan bagi dua (2) kontena yang telah diperiksa. Pegawai beranggapan bahawa mungkin sistem di Pejabat mempunyai masalah dan kontena tersebut perlu dilepaskan segera dan hanya melakukan apa yang diminta oleh Encik Hamid bin Mat Nuh tanpa sebarang soalan; dan (f) pegawai juga menyatakan segala tindakan yang dilakukan berkaitan kes ini bukan atas kepentingan peribadi, tetapi atas dasar ingin membantu memudahkan kerja dan sedar kesilapan yang dilakukan boleh 30 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

merosakkan imej Jabatan W serta mengancam biosekuriti makanan negara. Sepanjang berkhidmat, pegawai sentiasa meletakkan kepentingan Jabatan W melebihi kepentingan diri sendiri. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai di Jabatan W, pegawai sentiasa menunjukkan komitmen dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan; (b) pegawai sangat mudah bekerjasama dalam kumpulan dan jarang memberikan alasan sekiranya diminta untuk menjalankan tugasan walaupun arahan diberikan dalam tempoh singkat terutamanya penugasan di luar kawasan; (c) pegawai juga menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan kerana telah terlibat secara aktif dengan beberapa operasi yang dijalankan dan pegawai pernah menerima penghargaan daripada Jabatan W, iaitu Anugerah Cemerlang ‘Team Ops 000’; dan (d) pegawai menunjukkan minat untuk meningkatkan pengetahuan dalam skop bidang kerja pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 31

Pertuduhan Pertama Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh dua belas (12) bulan mengikut Peraturan 38(a) dan38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh dua belas (12) bulan mengikut Peraturan 38(a) dan38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan ini adalah merupakan kesalahan pertama pegawai; dan (b) tindakan tatatertib ini akan menjadi pengajaran kepada pegawai supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib berdasarkan alasan-alasan berikut: 32 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(a) perayu merayu agar meringankan tindakan tatatertib yang dikenakan atas sebab perayu merupakan ketua keluarga dan mempunyai tanggungan seorang anak yang masih kecil yang berumur satu (1) tahun empat (4) bulan dan seorang isteri yang tidak bekerja; (b) perayu menyatakan tindakan yang dikenakan ke atasnya menjadi contoh kepada pegawai lain agar berhati-hati semasa bertugas dan tidak mengambil sikap acuh tak acuh atas penggunaanIDdan kata laluan; dan (c) perayu menyesali atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan mengemukakan ulasan bahawa, berdasarkan pemantauan terhadap perayu, didapati prestasi kerja yang ditunjukkan perayu amatlah baik, perayu seorang yang komited dan fokus terhadap tugas yang diberikan. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam setelah menimbang rayuan pegawai memutuskan bahawa rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertibdikekalkan. Asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan W. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 33

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy