Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan sebarang ulasan terhadap representasi pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ seperti di Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) walaupun pegawai tidak mengaku bersalah, perbuatan pegawai yang memakai simbol parti politik adalah terang bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993; (b) representasi pegawai yang menyatakan bahawa pegawai hanya mengikut arahan Menteri Kementerian X adalah tidak munasabah, memandangkan apa yang lebih penting ialah kehadiran pegawai bersama Menteri Kementerian X semasa lawatan ke Hospital GH tersebut; dan (c) hukuman ‘amaran’ yang dikenakan adalah sebagai peringatan kepada pegawai-pegawai lain pada masa akan datang. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 135

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy