Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

IMBUHAN WANG TUNAI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Tan Hock Chew ialah seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 di Bahagian V Kementerian X. Pegawai didapati telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00 daripada seorang wakil Syarikat MN Visa Travel Sdn. Bhd. sebagai imbuhan atas bantuan menguruskan satu (1) sesi temujanji perjumpaan pihak syarikat bersama YB Menteri Kementerian X dan satu (1) sesi taklimat oleh pihak syarikat kepada YB Menteri Kementerian X. Unit Integriti, Kementerian X telah menerima aduan daripada pengadu tidak dikenali yang memaklumkan perbuatan pegawai menerima hadiah wang tunai tersebut. Susulan itu, satu (1) siasatan telah dijalankan oleh Unit Integriti bagi memastikan kesahihan dakwaan yang diterima dan mengambil tindakan bersesuaian berdasarkan penemuan hasil siasatan. Pegawai tidak memaklumkan kepada Ketua Jabatan berkenaan dengan penerimaan hadiah wang tunai RM50,000.00 daripada wakil Syarikat MN Visa Travel Sdn. Bhd. kerana beranggapan ia adalah pemberian suci hati oleh pihak syarikat yang membantu mendapatkan slot bersama YB Menteri Kementerian X. Pegawai juga memaklumkan tidak semua hadiah wang itu digunakan oleh dirinya sendiri kerana ia turut digunakan untuk belanja makan rakan-rakan sepejabat, membeli hadiah dan hamper pertandingan sukan pejabat, membeli sebuah peti sejuk dua (2) pintu untuk diletakkan di pantri pejabat dan belanja meraikan hari jadi Ketua Jabatan bersama pegawai-pegawai di sebuah hotel terkemuka. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 92

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy