Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

TIDAK KOMPETEN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Kiran Kaur a/p Ranjeet Singh ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Bahagian V, Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan tidak kompeten dalam melaksanakan tugas beliau selaku penyelaras modul latihan komprehensif bagi pembangunan kontraktor. Pegawai juga dilapor mempunyai tindak balas yang perlahan semasa menjalankan tugas dan pernah gagal menyiapkan tugasan yang diberikan oleh penyelia. Pegawai juga pada tahun 2021 telah gagal untuk menghantar Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada penyelia dalam tempoh yang telah ditetapkan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai 34 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy