Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

Pertuduhan Kedua Bahawa puan, Kiran Kaur a/p Ranjeet Singh (No. Kad Pengenalan: 860105-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Bahagian V, Kementerian X didapati tidak menyelesaikan dan menghantar Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada penyelia puan dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selewat-lewatnya pada 30 November 2021. Justeru, penyelia puan tidak dapat menyusuli tindakan selanjutnya berkaitan LNPT puan sehingga menyebabkan penyelia puan telah memberi teguran secara e-mel pada 6 Disember 2021. Perbuatan puan itu boleh diertikan sebagai kurang cekap, tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(e), 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (g) tidak bertanggungjawab; dan (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai mengaku telah melakukan kesilapan berhubung kegagalan mengambil tindakan ke atas arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengarah V berkaitan pelancaran apps my-Contractor, draf Surat Setuju Terima dan surat tahniah kepada kontraktor, draf perjanjian bagi tujuh (7) 36 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy