Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN 1. LATAR BELAKANG KES Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan Laporan SPRM (LSPRM) berkenaan Datin Dayang Munirah binti Awang Seman, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 (Memangku Utama C) setelah siasatan yang dibuat terhadap pegawai tidak diteruskan pendakwaan di mahkamah. Berdasarkan maklum balas oleh pegawai kepada Surat Tunjuk Sebab (STS) yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, didapati bahawa pegawai menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 111

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy