Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

GODABOS 1. LATAR BELAKANG KES Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin ialah seorang Pegawai Pertanian Gred G32 yang bertugas di Jabatan W, Negeri Z dikatakan telah mengganggu secara fizikal dan emosi terhadap penyelia beliau, iaitu Cik Long Piah a/p Majuan, Pegawai Pertanian Gred G41 yang bertugas di Jabatan W, Negeri Z sejak Oktober 2020 hingga Januari 2021. Cik Long Piah a/p Majuan dikatakan telah beberapa kali menerima pesanan berunsur ucapan sayang, rindu dan manja daripada Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin, sering bergurau dengan memanggil pegawai dengan panggilan manja di hadapan beberapa pegawai dan kakitangan di pejabat serta menyatakan hasrat untuk mengahwini Cik Long Piah a/p Majuan. Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin, juga cuba melakukan sentuhan terhadap penyelia dengan menggunakan pen. Cik Long Piah a/p Majuan pernah beberapa kali meminta Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin untuk menghentikan perbuatan tersebut tetapi tidak dihiraukan. Kini, Encik Mohammad Harris Aizat bin Mohamad Shahrudin tidak lagi mengganggu Cik Long Piah a/p Majuan kerana telah diberi amaran untuk melaporkan perbuatan tersebut kepada Unit Integriti, Jabatan W. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukumanselain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 57

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy