Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

TUNTUTAN PALSU 1. LATAR BELAKANG KES Encik Sabirin bin Kasdani ialah seorang Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X. Pegawai ini dilaporkan telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan tuntutan bayaran hotel dan memalsukan tandatangan penyelianya pada tahun 2016 semasa pegawai bertugas di Jabatan W1, Kementerian X. Berdasarkan kepada Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM), pegawai telah disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009. Hasil siasatan mendapati pegawai telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan tuntutan resit hotel melalui tuntutan perjalanan bagi bulan Februari, Mac dan April tahun 2016. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 149

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy