Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai memaklumkan bahawa pegawai telah diisytiharkan bankrap kerana tidak dapat membayar segala pinjaman yang dibuat melalui potongan gaji kerana pegawai telah mengambil cuti tanpa gaji dan separuh gaji, kedua-duanya selama enam (6) bulan; (b) pegawai mengambil tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga kedua ibu bapa pegawai yang sakit di kampung; (c) pegawai juga telah membuat janji temu bagi penyatuan hutang bersama pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan sempat membuat bayaran kepada AKPK dalam tempoh satu (1) bulan sahaja; (d) selepas itu, pegawai telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah walaupun pihak AKPK telah berunding dengan pihak bank yang terlibat; (e) jumlah potongan di dalam penyata gaji pegawai juga tidak melebihi 60.00% dan pegawai tidak dapat membuat pembayaran kepada bank-bank yang terlibat kerana kekangan kewangan ketika bercuti tanpa gaji dan separuh gaji; (f) pegawai memohon maaf kerana tindakan dan kelakuan pegawai yang telah memburukkan nama dan imej sebagai seorang pegawai awam; dan (g) pegawai berharap agar pembelaan pegawai ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak Lembaga Tatatertib. 127 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy