Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan dua (2) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Sabu bin Sugeng (No. Kad Pengenalan: 890408-00-0000), Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 di Bahagian V, Jabatan W didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada tarikh-tarikh seperti berikut: BULAN TARIKH TIDAK HADIR BERTUGAS JUMLAH (HARI) Tahun2022 Mei 10, 13, 20, 25, 26, 27, 30, 31 8 Jun 3, 7, 8, 9, 10, 13, 14, 15, 16, 17, 20, 21, 22, 23, 24, 27, 29, 30 18 Julai 1, 4, 5, 6, 7, 8, 12, 13, 14, 15, 18 11 JUMLAH KESELURUHAN HARI TIDAK HADIR BERTUGAS 37 Perbuatan tuan tersebut juga boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan Peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab” 142 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy