Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

PINJAMAN PERIBADI 1. LATAR BELAKANG KES Puan Nik Mahani binti Nik Abdullah ialah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 yang berkhidmat di Jabatan W, Daerah Y, Negeri Z. Pegawai didapati telah membuat pinjaman peribadi atas nama pegawai dengan Bank Sutera Malaysia Berhad bagi pihak abang iparnya dan atas dasar kekeluargaan bagi membiayai pengajian anak saudaranya ke Jordan sebanyak RM126,779.10 termasuk faedah. Oleh kerana abang ipar pegawai tidak membayar ansuran bulanan pinjaman tersebut, Bank Sutera Malaysia Berhad telah memfailkan penghutang penghakiman terhadap Puan Nik Mahani binti Nik Abdullah kerana pinjaman peribadi telah dibuat atas namanya. Mahkamah Tinggi Daerah Y pada 14 Ogos 2018 telah mengeluarkan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman dalam perkara kebankrapan No. DA-29NCC-234-03/2018 terhadap Puan Nik Mahani binti Nik Abdullah dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia adalah pentadbir bagi penerima hak harta dan tanggungannya. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukumanselain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 120

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy