Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

PINJAM DUIT 1. LATAR BELAKANG KES Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan Laporan SPRM (LSPRM) berkenaan Datuk Jesper a/l Maniam, Pegawai Undang-Undang Gred L54 (Memangku Utama C). Berdasarkan maklum balas oleh pegawai kepada Surat Tunjuk Sebab (STS) yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, pegawai didapati meminjam wang daripada individu yang mungkin ada hubungan rasmi dengan pegawai. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam |116

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy