Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

BUTIR MATAN PALSU 1. LATAR BELAKANG KES (a) Laporan telah diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 April 2018 dan 30 April 2018 mengenai kelakuan Encik Kilau bin Dahlan, Renjer Hutan Gred G22, Pejabat LMN, Jabatan W, Negeri Z. (b) Berdasarkan Laporan SPRM, pegawai didapati telah mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butir matan palsu, iaitu 12 resit sewaan hotel palsu sedangkan pegawai tidak menginap di hotel seperti yang dinyatakan dalam invois dengan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM1,865.80 seperti berikut: TUNTUTAN PERJALANAN TARIKH TEMPAT PENGINAPAN NO. INVOIS JUMLAH Januari 2016 20.01.2016 – 21.01.2016 Hotel King Kong 9615 RM154.00 22.01.2016 Telipok Garden HHG15/3658 RM120.00 Mei 2016 11.05.2016 – 12.05.2016 Hotel King Kong 9816 RM130.00 13.05.2016 Hotel Senangin 3334 RM120.00 Jun2016 17.06.2016 – 18.06.2016 Hotel King Kong 9924 RM130.00 19.06.2016 Telipok Garden HHG18/3292 RM135.00 25.06.2016 – 26.06.2016 Hotel King Kong 10132 RM130.00 162 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy