Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

PEMALSUAN DOKUMEN 1. LATAR BELAKANG KES Puan Mardhiah Izzati binti Daus ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Jabatan W2. Kes pegawai telah dilaporkan melalui Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) bertarikh 12 Disember 2019. Pegawai didapati telah memalsukan surat kelulusan tanggung kerja dan membuat tuntutan elaun sebanyak RM9,500.00 melalui akaun Bank Indahsama Rakyat semasa bertugas di Jabatan W1, Negeri Z. Pegawai juga didapati telah tidak membuat potongan separuh daripada Elaun Bantuan Sara Hidup berjumlah RM150.00 sebulan daripada gaji bulanan sepanjang menduduki kuarters Jabatan W1, Negeri Z dari bulan Oktober 2018 sehingga Mac 2019. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kesinidibawahPeraturan35,Peraturan-PeraturanPegawaiAwam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 157

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy