Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

TIDAK ISYTIHAR HARTA 1. LATAR BELAKANG KES Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan Laporan SPRM (LSPRM) berkenaan Dato’ Rizal bin Ishak, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama C (Memangku Utama B) setelah siasatan yang dibuat terhadap pegawai tidak diteruskan pendakwaan di mahkamah. Berdasarkan maklum balas oleh pegawai kepada Surat Tunjuk Sebab (STS) yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, didapati bahawa pegawai mempunyai harta yang tidak diisytihar. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 106

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy