Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESPRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujudkesprima facie. 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan empat (4) pertuduhan, iaitu: Pertuduhan Pertama Bahawa tuan, Sabirin bin Kasdani (No. Kad Pengenalan: 870808-00-0000), Pemandu Kenderaan Gred H11 di Jabatan W2, Kementerian X semasa bertugas di Jabatan W1, Kementerian X telah mengemukakan elaun perjalanan dalam negeri bagi bulan Februari 2016 atas urusan rasmi, iaitu lawatan tapak pembinaan bersama Pengarah di Daerah Y, Negeri Z. Tuan telah mengemukakan dua (2) resit palsu untuk tuntutan penginapan di Hotel Riadah sebanyak RM320.00 melalui resit bertarikh 20 Februari 2016 dan RM160.00 melalui resit bertarikh 29 Februari 2016. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai tidak jujur dan tidak amanah serta tidak bertanggungjawab, iaitu bertentangan dengan Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: 150 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy