Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

37HARI 1. LATAR BELAKANG KES Encik Sabu bin Sugeng ialah seorang Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 di Bahagian V, Jabatan W. Pegawai ini dilaporkan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah selama 37 hari, iaitu selama lapan (8) hari pada bulan Mei 2022, 18 hari pada bulan Jun 2022 dan 11 hari pada bulan Julai 2022. Encik Sabu bin Sugeng juga didapati telah tidak hadir bertugas secara serta merta ke pejabatnya walaupun selepas Surat Arahan Bertugas Serta Merta bertarikh 8 Jun 2022 dikeluarkan kepadanya. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukumanselain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 141

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy