Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

(a) pegawai adalah seorang pegawai yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan tugasannya sebelum ini; (b) mencadangkan pegawai ditukarkan ke tempat lain memandangkan kes ini berlaku di antara pegawai dan penyelia pegawai; dan (c) berdasarkan pemerhatian, kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan tidak dapat dilakukan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) setelah menimbang kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah melanggar Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (b) pegawai juga telah jelas melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 60 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy