Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

tidak selesa dan tidak selamat sememangnya tidak logik akal dan tidak munasabah; (d) melalui insiden berkenaan, pegawai sendiri yang forward gambar tersebut ke aplikasi WhatsApp group unit dengan caption “hah kan dah kena” dengan tujuan berseloroh. Persepsi pegawai lain dalam aplikasi WhatsApp groupadalah tidak sama dari segi hati, budi dan pemikiran; dan (e) gambar berkenaan juga boleh membawa banyak pengertian. Selepas insiden tersebut, pegawai dan kedua-dua staf berkenaan menjalani rutin harian seperti bekerja, keluar makan, bergurau dan berseloroh setiap hari serta tidak timbul isu tidak selesa atau tidak selamat. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Ketua Jabatan telah meneliti kes ini dan telah berjumpa dengan Encik Nizam Adli bin Hamzah selepas beliau menerima surat pertuduhan tersebut pada 15 April 2023. Berdasarkan sesi perjumpaan dengan pegawai, yang turut dihadiri oleh Encik Ahmad Faisol bin Abdullah, pegawai telah menerangkan bahawa berlaku salah faham di pihak pengadu/pelapor. Hubungan pegawai dengan ‘mangsa’ adalah baik dan mereka sering berbalas gurauan yang boleh dianggap sensitif oleh pihak lain. Sehingga kini, hubungan antara pegawai dan ‘mangsa’ masih baik dan bertegur sapa walaupun telah dipindahkan ke unit dan aras bangunan yang berbeza; (b) Ketua Jabatan juga telah menemui kedua-dua mangsa pada 8 Mei 2023 dan keduanya melaporkan masih berkomunikasi baik dengan pegawai; 64 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy