Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Rafa bin Abdullah (No. Kad Pengenalan: 760213-00-0000), pada 12 Jun 2018 telah didapati berpakaian kemeja yang mempunyai lambang parti Politik Labu Labi semasa menemani seorang ahli politik yang merupakan Menteri Kementerian X pada ketika itu semasa membuat lawatan ke Hospital GH di mana ia mendapat liputan media elektronik, media cetak dan media sosial. Perbuatan tuan telah melanggar Peraturan 21(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “21. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam sub-peraturan (3), seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik…” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Representasi pegawai adalah seperti berikut: (a) pegawai tidak mengaku bersalah kerana hanya telah menurut arahan stakeholder Kementerian X, iaitu Menteri Kementerian X; dan (b) pegawai juga menyatakan pakaian yang dikenakan adalah hadiah daripada Menteri Kementerian X dan tidak bermaksud sokongan kepada mana-mana parti politik. 134 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy