Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat), setelah menimbang kes ini di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Nik Mahani binti Nik Abdullah (No. Kad Pengenalan: 901113-00-0000), Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Jabatan W, Daerah Y, Negeri Z didapati telah diisytiharkan Muflis oleh Mahkamah Tinggi Daerah Y melalui Perintah Kebankrapan bertarikh 14 Ogos 2018 dalam perkara kebankrapan No. DA-29NCC-234-03/2018 dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia merupakan pentadbir bagi penerima hak harta dan tanggungan atas estet puan. Perbuatan puan yang bertentangan dengan Peraturan 13(1) dan 13(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan: “13(1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 13(2) Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa-apa jua pun sebab, selain akibat malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri, hendaklah dianggap sebagai memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah menyebabkan pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.” 121 | Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy