Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam

MAKAN MALAM MEWAH 1. LATAR BELAKANG KES Encik Peter Manesh ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 dan merupakan Pengarah Bahagian V, Jabatan W. Pegawai didapati telah menerima keraian majlis makan malam bernilai RM1,992.55 (salinan resit diperolehi daripada pengurus restoran) dan dibiayai oleh Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. yang mempunyai urusan rasmi dengan Jabatan W sempena pertukaran pegawai sebagai Pengarah Bahagian V, Jabatan W. Unit Integriti telah menerima aduan daripada seorang pengadu yang tidak dikenali memaklumkan perbuatan pegawai menerima keraian tersebut. Gambar pegawai sedang menikmati makan malam bersama beberapa kakitangan syarikat yang diadakan di Restoran Minah & Leman Lobster Putrajaya pada waktu malam, 2 Julai 2019 turut disertakan. Susulan itu, Unit Integriti Jabatan W telah diarahkan untuk menjalankan siasatan. Pegawai menafikan menerima keraian tersebut dan hanya hadir majlis makan malam jemputan pengurus Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. atas dasar jemputan seorang rakan kerana pegawai telah lama mengenali beliau. Pegawai memaklumkan bahawa kehadiran pegawai pada malam itu turut ditemani tiga (3) orang pegawai Bahagian V, Jabatan W selain lima (5) orang kakitangan syarikat termasuk Dato’ Mona Ferry selaku Pengurus Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. yang pegawai anggap sebagai rakan baiknya. Majlis makan malam ini tidak dimaklumkan kepada Ketua Jabatan kerana pegawai berpandangan jemputan tersebut hanyalah daripada seorang rakan dan bukannya urusan rasmi serta di luar waktu pejabat. Pegawai juga sedia maklum bahawa Syarikat Black Tiger Sdn. Bhd. tersebut mempunyai kontrak pembersihan dengan Jabatan W selama tiga (3) tahun yang bakal tamat dan proses tender terbaharu akan dibuat tidak lama lagi. Namun, pegawai memaklumkan tidak akan campur tangan dalam urusan tersebut dan akan bersikap berkecuali. Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam | 100

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy